LAMBANG-LAMBANG IDENTITI HIGH SCHOOL
MUAR
||Dasar
||
Matlamat ||
Cogankata || Lagu
Sekolah ||
Lencana|| Bendera
Sekolah ||
VISI SEKOLAH: Pendidikan Untuk
Kecemerlangan
Dan Kesempurnaan.
MISI
SEKOLAH:
Mengamalkan Budaya Sekolah Cemerlang
Dengan Penuh
Iltizam Dan Keikhlasan
Ke arah Individu Berilmu,
Berakhlak Mulia Dan
Berketrampilan,
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
Dasar Sekolah
- Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan lain-lain rancangan yang
ditetapkan oleh kerajaan dengan cemerlang, dengan penuh kesedaran, rasa
tanggungjawab dan dedikasi.
- Meletakkan kepentingan pelajar-pelajar mengatasi kepentingan diri
sendiri.
- Mengamalkan cita-cita dan prinsip Rukunegara dan perkhidmatan
cemerlang.
- Memberikan kerjasama yang erat dengan Pejabat Pendidikan Saerah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
- Mengadakan hubungan yang baik dengan jabatan-jabatan atau
badan-badan lain.
- Mengadakan hubungan yang rapat dengan ibubapa atau penjaga dan
masyarakat tempatan.
- Membina semangat kekitaan dengan bekerja dalam satu pasukan yang
padu dan kuat berdasarkan kepada semangat kekeluargaan.
- Memberi galakkan dan kesempatan kepada guru-guru menyediakan
tugas-tugas sekolah sebagai latihan kepada sifat-sifat kepimpinan mereka
yang berkesan dan dinamis.
- Mengamalkan kerja-kerja yang sistematik dan kemaskini.
- Segala masalah sekolah ialah masalah bersama.
MATLAMAT SEKOLAH
- Menempatkan Sekolah Tinggi Muar ke tahap yang tinggi dan mendapat
kepercayaan di kalangan penduduk-penduduk tempatan khasnya dalam daerah Muar
amnya melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai di dalam:-
- Pencapaian akademik yang tinggi daripada segi kualiti dan kuantiti.
Peratus kelulusan SRP / SPM / STPM haruslah mencapai taraf 90% ke atas
tiap-tiap tahun.
- Pencapaian yang cemerlang di bidang ko-kurikulum.
- Amalan disiplin yang baik.
- Pembentukan moral yang terpuji.
- Perkembangan jasmani dan kemasyarakatan yang sihat.
- Kepimpinan pelajar.
- Menanam semangat kecintaan kepada Sekolah Tinggi Muar dengan
mendirikan asas tradisi dalam semua bidang yang dapat dibanggakan oleh
murid-murid, guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah, Ibubapa dan masyarakat
dalam kedudukannya sebagai sekolah yang besar dan lengkap dengan semua
kemudahan.
- Menimbulkan rasa tanggungjawab antara murid-murid, guru-guru dan
kakitangan sekolah bagi menjamin kelicinan tugas dan pergerakan di Sekolah
Tinggi Muar supaya lebih lengkap dan berkesan.
- Mewujudkan suasana kekeluargaan dan membina semangat kekitaan di
kalangan murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan ibubapa dan masyarakat
tempatan.
- Mewujudkan suasana alam sekeliling sekolah yang bersih, cantik dan
sihat untuk perkembangan sahsiah yang sempurna.Memberi galakan dan peluang
setiap murid membina kepimpinan mereka melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
- Menggunakan dengan sepenuhnya segala kemudahan yang ada di dalam atau
di luar sekolah untuk menguat serta mendalamkan pengetahuan dan pengalaman
untuk mencapai matlamat sekolah.
- Mewujudkan manusia yang seimbang daripada segi pelajaran dan moral
bagi melahirkan insan yang kamil.
COGANKATA SEKOLAH
" USAHA BUKAN KATA
"
Cogankata sekolah ini memberi gambaran bahawa
pendidikan perlunya menyeluruh ke arah keunggulan akademik, kokurikulum dan
akhlak, melalui usaha yang bersungguh-sungguh, bukan setakat kata-kata
sahaja. Kejayaan seseorang bergantung kepada usaha dan ikhtiar
untuk mencapainya. Kata-kata, ucapan dan ikrar, tidak akan bermakna tanpa
disusuli oleh tindakan untuk menjayakannya. Kita perlu rajin bekerja dan
sentiasa mempertingkatkan usaha serta mengurangkan bicara agar segala program
akan mencapai matlamatnya. Oleh itu, komuniti sekolah berusaha
secara inovatif, kreatif dan progresif selaras dengan perkembangan potensi
individu yang mampu mendokong wawasan pendidikan negara dan melahirkan generasi
yang berilmu, berdaya juang dan berhemah tinggi. Kejayaan bukan melalui
kata-kata tetapi melalui usaha.
LAGU
SEKOLAH
Klik di sini untuk
nostalgia instrumental lagu sekolah.
BERJUANG
Berjuang penuh tenaga,
Sepanjang masa berjasa,
Dari muda sampai ke tua,
Biar ribut taufan gelora.
CHORUS:
Untuk
sekolah dikasihi,
Sekolah Tinggi Bandar Maharani,
Segala kudrat ditumpahi,
Kasih sekolah abadi.
Ceruk rantau seluruh negara,
Bekas murid bertaburan,
Berkhidmat untuk negara,
Masyhur nama didoakan.
(CHORUS)
VERSI BAHASA INGGERIS (VERSI
ASAL)
Let us strive with heart and song,
Now and through the ages long,
In the calm and in the storm,
While our hearts are young and warm.
CHORUS:
For the school our
best endeavour,
High School beloved ever,
For the school our best endeavour,
For the school our best endeavour,
Muar School beloved forever.
Wherever we roam, on land or sea,
Will our school remembered be,
And her sons the fame will tell,
Of the school they loved so well.
(CHORUS)
LENCANA SEKOLAH
Ukuran sebenar Lencana Sekolah ialah 3¾ sm x 5 sm.
Rekabentuk lencana direkacipta berdasarkan sebuah perisai yang
melambangkan kesatuan dan perpaduan.
Bangunan arca merupakan rekabentuk `Moorish dan dua batang tiang di kiri
kanan arca melambangkan kekuatan dan keteguhan. Ia juga adalah rekabentuk asal
pada bahagian pintu hadapan dewan sekolah.
Obor melambangkan sinar yang memberi cahaya yang tidak kunjung padam
kepada pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Muar khasnya dan masyarakat sekeliling
amnya.
Lingkaran daun zaiton melambangkan kejayaan seperti yang kerap digunakan
pada zaman Yunani dahulu.
Rekabentuk lencana mempunyai warna biru, merah dan putih.
Warna Biru : Melambangkan kemesraan, perpaduan dan kerjasama
pelajar-pelajar.
Warna Merah : Melambangkan keberanian serta
kegigihan untuk menjadi manusia yang berpendidikan.
Warna Putih :
Melambangkan bersih, kejujuran, kesejahteraan dan keharmonian yang menjadi
amalan pelajar sekolah ini.
BENDERA SEKOLAH
Ukuran: 160 sm x 82 sm.
Klik di sini untuk
menyaksikan bendera berkibar.
Pengertian Lambang-lambang Pada Lencana
1. Obor:
- semangat membara seperti api.
- Semangat ingin berjuang dan terus berjuang.
- api sebagai cabaran - kesediaan menyahut cabaran.
2. Bunga Padi:
- kekuatan fizikal dan mental.
- mempunyai semangat padi iaitu orang yang sentiasa mencari dan mempunyai
ilmu dalam pelbagai bidang.
- semakin berisi semakin tunduk.
3. Alat
Sains yang membentuk kekotak:
- kemajuan sains tetap diutamakan.
- pencarian ilmu sains dan teknologi.
- sains dan kehidupan seharian.
4. 2 Tiang
Melingkari / Sebelah alat sains:
- melambangkan tiang agama dalam kehidupan.
- Islam sebagai agama rasmi.
- Islam sebagai tunggak kehidupan.
5. Perisai
Lencana:
- kesanggupan mempertahankan diri dan maruah sekolah.
- sedia menghadapi sebarang cabaran.
- mempertahankan kecemerlangan sekolah.
6. Cogankata Lencana "Usaha Bukan Kata" -
"USABUKATA":
- berusaha dan bekerja memajukan diri dan sekolah, melebihi segalanya
bukan hanya pandai berkata-kata.
- pelajar hendaklah mengutamakan kejayaan daripada berangan-angan.
- usaha tangga kejayaan.
Pengertian
Bendera Sekolah.
- Pengertian lambang-lambang pada lencana sama seperti di atas.
- Warna putih yang menjadi warna utama latar bendera:
-
lambang kesucian akal fikiran pelajar dan guru.
- lambang keamanan
dan perpaduan yang menjadi tunggak tatacara kehidupan sekolah.
-
lambang kebersihan suci diri dan kata-kata.
- lambang
kecemerlangan, mutu dan kualiti sekolah.