High School Muar
E-mail:

»[Senarai Berita ] RSS Feed






Admin
Sejarah Sekolah Tinggi Muar SEJARAH RINGKAS SEKOLAH TINGGI MUAR
A Brief History of HSM
Sejarah Lencana

Sekolah Tinggi Muar telah dibuka pada tahun 1902. C.P Frois menjadi Guru Besar pertama padas 1904.Nama asal Sekolah Tinggi Muar ialah Government English School.Bilangan pelajar ketika itu kira-kira 40 orang.Pada tahun 1905 sekolah ini berpindah lokasi di Jalan Abdullah.Kemudian pada tahun 1907 seklai lagi berpindah di Jalan Sulaiman.Setahun sebelum itu sekolah ini berpindah di tapak bangunan Pasar Sayur sekarang.Pada tahun 1910 sekolah ini berpindah di kawasan Tanjung Muar untuk sementara waktu.

Pada tahun 1914 bangunan baru siap dibina dan setahun berikutnya bangunan baru ini mula digunakan.Seterusnya pada tahun 1928 bangunan tambahan dua buah bangunan mengandungi 8 bilik siap dibina bagi menampung jumlah pelajar yang bertambah.Pada tahun yang sama lagu sekolah ini telah dicipta oleh Miss Belly Milne, Penguasa Sekolah Persediaan Inggeris (Prepatory School).Pada tahun 1929 Lembaga Pengawas telah ditubuhkan iaitu yang dilantik dari setiap rumah pasukan.Pelajar-pelajar perempuan mula diterima masuk ke sekolah ini mulai tahun 1947 iaitu dari Sekolah Sultan Abu Bakar khusus untuk menyambung pelajaran di peringkat Senior Cambridge.Dua tahun kemudian asrama telah diasaskan oleh Guru Besarnya, Encik C. A. Scott.Ia terletak di kawasan sekolah.Pada tahun 1953 pihak sekolah telah memperkenalkan pakaian seragam untuk pelajar-pelajarnya iaitu seluar pendek biru berserta baju berwarna putih.Pengawas pula berseluar panjang putih dengan baju berwarna putih.

Bangunan Sekolah Persediaan (Prepatory School) telah diserahkan kepada Sekolah Tinggi pada tahun 1957.Walau bagaimanapun bangunan ini kemudian digunakan untuk Pusat Latihan Harian.Hanya pada tahun 1959 bangunan tersebut dapat digunakan oleh Sekolah Tinggi.Pejabat Pelajaran kemudian menempatkan kelas-kelas menengah melayu di Bangunan Sekolah Persediaan sehingga tahun 1963.Sekolah ini telah dibimbing oleh Sekolah Tinggi.Bangunan Persediaan itu digunakan semula oleh Sekolah Tinggi pada tahun 1963 apabila kelas-kelas menengah melayu mendapat bangunan sendiri dengan nama Sekolah Dato' Sri Amar Diraja Muar.Bilangan penuntut Sekolah Tinggi ketika ini kira-kira lebih 1400 orang dan meningkat kepada 1800 pada tahun 1964.

Sekolah Tinggi juga berperanan sebagai Pusat Lanujutan Normal (Normal Classes) untuk melatih guru-guru sekolah Inggeris, (sebelum perang sehingga 1960).Apabila pihak kerajaan mengadakan rancangan Pusat Latihan Daerah (Regional Training Center), Sekolah Tinggi telah digunakan untuk tujuan tersebut.Pada tahun 1965 kemasukan pelajar-pelajar melebihi 2000 orang.

Pada tahun 1966 sekolah Tinggi dipecahkan kepada dua iaitu Sekolah Tinggi dan sekolah baru yang kemudian dikenali dengan nama Sekolah Sri Muar.Pada tahun 1969 Sekolah Tinggi mendapat bangunan baru untuk pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Pada tahun 1974 kelas-kelas menengah rendah berpindah ke Sekolah Tinggi II di Jalan Junid.Pada tahun 1979 Sekolah Tinggi II berpisah dengan Sekolah Tinggi dengan nama baru Sekolah Menengah Jalan Junid.






Sekolah Tinggi Muar mendapat beberapa buah bangunan baru pada tahun 1990an. Blok-blok tersebut ialah Blok F(1990), Blok G(1990), Blok L(1991) dan surau (1997). Blok F digunakan untuk kelas-kelas dan Blok G untuk pejabat pentadbiran, makmal, pusat sumber dan perpustakaan.  Blok L digunakan untuk 15 buah bilik darjah.  Pintu besar Sekolah Tinggi Muar siap dibina pada April 1992.  Blok B pula digunakan untuk bilik tayangan, pusat sumber dan bilik seminar. Bangunan blok A yang dibina pada 1915 (bangunan warisan) masih digunakan sebagai bilik darjah hingga kini. Dewan asal dikenali sebagai  `Dewan Mini’. Pada 29 Mac 2003 Sekolah Tinggi Muar telah menyambut ulang tahun ke-100. Bangunan  Blok A telah  diisytiharkan sebagai Bangunan Warisan  Bersejarah di negeri Johor oleh Y.A.B Dato’ Hj Abdul Ghani bin Othman ( Menteri Besar Johor ). Pada 6 Disember 2009 Dewan Mini telah dijadikan Muzium Warisan. Majlis perasmiannya telah dilakukan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj  Mohd Yassin  Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Muzium ini menyimpan bahan-bahan dokumen lama sejarah awal penubuhan sekolah, majalah, album, bahan artifak, sijil-sijil anugerah, register lama, uniform, lencana serta gambar-gambar tokoh bekas pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Sekolah ini telah  mendapat pengiktirafan  sebagai Sekolah Cemerlang tahun 2009 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Dalam pembangunan fasa kedua bangunan blok baru telah dibina pada akhir tahun 2008. Blok Dinamik menempatkan bilik makmal Sains dan bilik muzik. Blok Ehsan turut menempatkan bilik Kemahiran Hidup dan 6 bilik darjah. Sebuah kantin baru yang dinamakan Muar High-Café turut dibina. Semua bangunan ini mula digunakan pada awal sesi persekolahan 2010.

ii.TOKOH-TOKOH NEGARAWAN DAN KORPORAT YANG PERNAH MENUNTUT DI SEKOLAH

NAMA DAN JAWATAN YANG PERNAH ATAU SEDANG DISANDANG

1.YAB. Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin

-Menteri Pertanian

2.YAB. Dato' Hj. Abd. Ghani Bin Othman

-Menteri Besar Johor

3.Y.B. Dato' Chua Jui Meng

-Menteri Kesihatan Malaysia

4.Y. Bhg. Tan Sri Jaafar Bin Hussein

-Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia

5.Y. Bhg. Tan Sri Arshad Bin Ayub

-Bekas Setiausaha Kementerian Perdagangan Malaysia

6.Y. Bhg. Dato Ali Bin Hashim,

-Pengurus Eksekutif Perbadanan Ekonomi Negeri Johor

(Executive Director, Johore Economi Development Corporation)

7.Y. Bhg. Dato' Sulaiman Bin Mohd Noor

-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

8.Dr. Hong Hai

-Bekas Menteri Muda Kerajaan Singapore

9.Dr. Hamid Bin Arshad

-Bekas Pengarah Lembaga Penduduk & Perancang Keluarga Negara

10.Dr. V. Naidu

-Ketua Jabatan Perikanan & Pertubuhan Makanan & Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu

11.Y. Bhg. Tan Sri Nasaruddin Bin Mohammad

-Bekas Ketua Setiasusaha Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian

12.Y. Bhg. Datuk Jabid Bin Mohd Dom

-Bekas Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

13.Y. Bhg. Tan Sri Taib Bin Haji Andak

-Bekas Ketua Pengarah Felda Dan Pengerusi Malayan Banking Berhad

14.Y. Bhg. Allahyaham Tan Sri Abdul Kadir Yusof

-Bekas Peguam Negara Kuala Lumpur

15.Justice Datuk Ali Bin Hassan

-Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

16.Datuk Abdullah Bin Ali

-Bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia

17.Dr. Chiang Hai Ding

-Bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia

18.Dr. Khalid Bin Sahan

-Bekas Pengarah Perubatan Kementerian Kesihatan Sabah

19.Datuk Abd. Aziz Bin Haji Shukur

-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

20.Datuk Abdul Rahman Bin Ahmad

-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Ini adalah di antara beberapa nama dari ratusan nama pelajar Sekolah Tinggi yang dapat kami rakamkan di sini.Sebenarnya, bekas pelajar Sekolah Tinggi telah bertugas di segenap ceruk rantau negara ini dan menyandang berbagai-bagai jenis jawatan.

SENARAI PENGETUA SEKOLAH TINGGI MUAR

1.En C.P.Provis                                                1904

2.En Palgar                                       1905-1906

3.En Gray                                          1913

4.En Hugh Mortimer                      1914-1915

5.En J.W.Moore                               1916-1920

6.En Huge Crombics                     1921

7.En F.L.Shaw                                   1922-1922

8.En David Roper                           1922-1929

9.En J.M.Taylor                                1929-1940

Perang Dunia Kedua                    1942-1945

10.En C.D.Westwood                    1945-1946

11.En G.Woods                               1946-1948

12.Lt.Col.C.A.Scott                        1948-1949

13.En W.Gibson                              1950

14.En H.G.Clarke                            1951-1952

15.En. A. Will Lamson                    1952

16.En. G.F.Daniels                          1953-1956

17.En E.A.C. Balshaw                     1957

18.En D.P. Pereira                           1957-1973

19.En M.G.Parry                              1973-1978

20. Tn Sheikh Hussin b Ali              1979-1981

21. Tn Hj Abdul Wahab bin Suradi 1982-1996

22. Tn Hj Abas b Draman                  1996-1997

23. Cik Hjh.Aminah bt Hj Ahmad   1998-1999

24. Pn Maznah bt Abu Bakar           1999-2001

25. Tn Hj. Jamian Jaffar                     2001-2002

26. Tn Hj. Baharoldin bin Hassan    2002-2005

27. Puan Milan Tai Abdullah            2005-2010

28. Pn Hjh Latifah binti Hamdan     2010- 2011

29. Pn Hjh Siti Rumjah bte Banaji    2011-2013

30. Tn Hj Jamal bin Hj Abdullah      2013  - 2016/b>

31. Zainuddin bin Jaini (2016 hingga kini)